Kanak-kanak harus digalakkan supaya membaca buku sejak kecil lagi. Pelbagai car dapat dilakukan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak.
   Ibu bapa perlu menjadikan membaca sebagai alaman harian. Ibu bapa yang gemar membaca contoh kepada anaka-anak. Malah, ibu bapa boleh membaca buku-buku cerita untuk anaka-anak yang belum tahu membaca. Dengan cara ini, minat membaca dapat dipupuk sejak peringkat awal lagi.
   Selain amalan membaca di rumah, ibu bapa juga boleh membawa anak-anak mereka ke perpustakaan. Di perpustakaan, anak-anak boleh membaca pelbagai jenis buku yang digemari oleh mereka. Malah, di perpustakaan sering diadakan aktiviti dan peluang berkunjung ke perpustakaan, minat kanak-kanak terhadap buku dan tabiat membaca akan bertambah. Apabila minat membaca telah ada, dengan sendirinya kanak-kanak ini akan ke perpustakaan untuk meminjam buku yang digemari oleh mereka.
   Selain itu, ibu bapa bolehlah membawa anak-anak ke pesta buku. Pelbagai jenis bahan bacaan boleh didapati di pesta buku. Ibu bapa boleh memberikan peluang kepada anak-anak untuk membeli buku pilihan mereka. Minat membaca lebih mudah diterapkan jika anak-anak memperoleh bahan bacaan yang sesuai dengan mereka.
   Kesimpulannya, minat membaca dalam kalangan kanak-kanak hendaklah dipupuk sedikit demi sedikit bak kata peribahasa, "Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain". Jika usaha ini dilakukan, minat membaca akan bertambah dan akhirnya budaya membaca menjadi amalan harian mereka.
1

查看评论

正在加载